Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Wuhan kembali bekerja

    BEIJING, 23 MAC – Penduduk di tengah China di mana koronavirus pertama dikesan dibenarkan kembali bekerja dan pengangkutan awam mulai beroperasi, tatkala keadaan beransur-ansur pulih se-perti sedia kala selepas sekatan pergerakan dikenakan selama dua bulan.

    Pelonggaran sekatan di bandar Wuhan diadakan tatkala pegawai kesihatan China melapor hari ini tidak ada kes virus tempatan baharu, namun mengesahkan 39 jangkitan yang dibawa dari luar negara. Penduduk Wuhan yang dianggap sihat boleh bergerak di sekitar bandar dan mengambil bas atau metro asalkan mereka menunjukkan kad pengenalan mereka, kata pegawai.

    Mereka boleh kembali bekerja jika mereka mempunyai permit daripada majikan mereka, dan meninggalkan bandar ke kawasan lain di sekitar wilayah Hubei selepas diuji positif dijangkiti virus dan menerima sijil kesihatan.

    Virus itu, yang muncul di sebuah pasar yang menjual haiwan liar pada Disember, mencetuskan perintah berkurung di seluruh bandar pada 23 Januari yang seterusnya diperluaskan ke seluruh wilayah.

    Sejak itu, jangkitan telah berkurangan dan selama lima hari berturut-turut tidak mencatat kes baharu di Hubei.

    Sembilan orang lagi meninggal dunia di Wuhan, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional hari ini dalam pengemaskinian terbaharunya.

    Pelonggaran sekatan menyusuli lawatan Presiden China Xi Jinping ke bandar pada awal bulan ini – yang pertama sejak krisis meletus.

    Tatkala kadar jangkitan berkurangan di China, seluruh dunia telah mempertingkat langkah untuk membendung pandemik tersebut. China bimbang mengenai kemasukan jangkitan yang dibawa masuk dari negara lain, dengan jumlah kes import mening-kat dalam beberapa minggu ini kepada 350. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda