Peneluran batu karang penuh warna-warni

CANBERRA, AUSTRALIA, 24 NOV – Terumbu Sawar Besar Australia mengeluarkan telur berwarna-warni ketika keajaiban dunia yang disenarai dalam Warisan Dunia itu pulih dari ancaman episod pemutihan terumbu.

Ahli saintis malam semalam merekodkan batu karang mensenyawakan bilion telur dengan mengeluarkan sperma dan telur ke Lautan Pasifik di luar bandar Cairns negeri Queensland.

Peneluran batu karang itu akan berlangsung selama dua ke tiga hari.

Gareth Phillips, seorang saintis marin bersama Reef Teach, sebuah perniagaan pelancongan dan pendidikan mengkaji peneluran itu sebagai sebahagian daripada projek untuk memantau kesihatan terumbu.

“Ia amat memuaskan untuk melihat terumbu bertelur. Ia petanda kuat bahawa fungsi ekologi masih kukuh dan bekerja selepas menjalani fasa pemulihan selama lebih 18 bulan,” kata Phillips dalam satu kenyataan hari ini.

“Terumbu itu melalui masalah sendiri seperti kita semua hadapi, namun ia masih boleh memberi respons dan memberi kita harapan. Saya rasa kita semua perlu fokus pada kemenangan seperti kita bangkit daripada pandemik,” tambah Phillips. – AP

Batu karang mengeluarkan bilion sperma dan telur ke Lautan Pasifik. – AP