Peneman diraja Thai terima semula gelaran

BANGKOK, 2 SEPT – Seorang peneman diraja Thai yang disingkirkan kerana ‘tidak setia’ selepas menghina permaisuri telah mencatat kepulangan secara tiba-tiba dan tidak dijangkakan, dengan raja mengembalikan semula gelarannya.

Sineenat Wongvajirapakdi dilucutkan pangkat dan gelarannya pada tahun lalu hanya tiga bulan selepas beliau menjadi peneman diraja, dituduh ‘tidak setia’ dan ‘bercita-cita’ untuk menyaingi kedudukan Ratu Suthida.

Beliau tidak kelihatan di khalayak ramai sejak Oktober, tetapi nampaknya situasi itu akan berubah.

“Sineenat Wongvajirapakdi tidak tercemar,” menurut satu keputusan oleh raja yang disiarkan oleh lidah rasmi istana Royal Gazette, mengesahkan beliau sekali lagi akan menerima gelaran ‘Chao Khun Phra,’ atau peneman diraja.

“Mulai sekarang, ia adalah seolah-olah beliau tidak pernah dilucutkan pangkat ketenteraan atau pingat diraja,” kata keputusan, yang bertarikh 29 Ogos tetapi hanya didedahkan hari ini. – AFP