Penemuan baharu beri semangat

PARIS – Pada bulan Julai 2001, pasukan Franco-Chadian diketuai oleh paleontologi Perancis, Michel Brunet menggali fosil tengkorak di Gurun Chadian Djurab.

Gelaran Toumai (Harapan untuk hidup) dalam bahasa tempatan Daza, Dazaga dikenali sebagai Goran, fosil tengkorak, iaitu Sahelanthropus tchadensis, telah dijelaskan oleh beberapa orang yang terdahulu, ditemui oleh manusia.

“Ia adalah benda yang paling tertua dikenali sejak ditemui pada 2001. Tiada yang pernah menjumpai sesuatu yang paling tua sejak 2001,” Kata Profesor Brunet memberitahu kepada Xinhua.

Sebelum Toumai, Lucy, fosil tengkorak wanita yang berusia 3.2 juta ditemui pada tahun 1974 di Ethiopia, dianggap sebagai salah seorang nenek moyang tertua. Pada tahun 2008, menurut ukuran radiologi, pasukan Brunet menentukan usia Toumai di antara 6.8 dan 7.2 juta tahun.

Dengan usia sebegitu, Toumai berkemungkinan dikenali sebagai manusia keluarga yang terawal, sementara itu, menurut kajian, pemisahan hominid-chipanzi boleh berlaku lebih awal daripada kira-kira lima juta tahun yang lalu.

Paleontologi Perancis, Michel Brunet di pejabatnya, Paris Perancis. – Xinhua

Pada Julai 2002, pasukan Brunet menerbitkan cerita dalam penemuannya di sebuah jurnal terkenal Nature and discovery yang akhirnya dicabar oleh Milford Wolpoff dan rakannya dari Universiti Michigan, yang mempercayai bahawa berkemungkinan Toumai berada pada zaman gorila atau cimpanzi, atau spesies yang telah pupus.

“Pada dasarnya, tengkorak Toumai adalah tengkorak hominid,” kata Brunet menekankan bahawa Toumai mempunyai gigi kanin yang sangat kecil. Begitu juga dengan manusia. “Ini adalah gigi kanin manusia, hanya gigi kanin mampu membuktikan bahawa ia bukan seekor kera.”

“Walaupun tidak semuanya pasti, penduduk Chad berbangga dengan penemuan fosil yang dijumpai hampir dua dekad yang lalu di tanah mereka.

“Penduduk Chad sangat bangga dengan keturunan Toumai,” kata Aboubakar Mahamat Saleh, pekerja Chadi bersama teknologi Huawei China. Pada tahun 2011, sedekat selepas penemuannya, Toumai pulang semula ke Chad. Pada tahun 2013, Chad menyumbangkan fosil tengkorak replika ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Muzium Black Civilization di Dakar, ibu kota Senegal.

“Menurut perspektif saintifik, ini adalah bukti bahawa penyelidikan telah berkembang… saya fikir perkara-perkara akan berubah ke arah itu. Manusia semakin maju, semestinya dengan lebih banyak teknikal, lebih banyak penemuan akan dijangka dalam persoalan terhadap teori yang diperlukan,” kata Aime Kantoussan, arkeologi dan penyelidik di muzium, Dakar.

Walaupun terdapat konterversi, penemuan Toumai menunjukkan perkembangan dalam penyelidikan saintifik, yang akan membawa kita kepada penemuan baharu dan lebih dekat kepada kebenaran mengenai keturunan manusia. – Xinhua