Tuesday, December 10, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penemuan lukisan pra-sejarah di Thailand

    PRACHUAP KHIRI KHAN, THAILAND – Gambar kijang, tokoh yang bersendirian, keluarga yang saling berpegangan tangan – Kanniga Premjai menghala lampu suluhnya di seberang gua untuk mengungkapkan lukisan lama yang tersembunyi, penemuan yang mengagumkan bagi pasukan ahli arkeologi Thailand.

    Selama berbulan-bulan, Kanniga dan pasukan kecilnya telah menerokai Taman Negara Sam Roi Yot, kira-kira empat jam di barat daya Bangkok, dipimpin seorang renjer yang menggunakan sebilah parang ketika dia menyusuri jalan melalui tumbuh-tumbuhan berduri.

    Mereka telah mencari sekitar 40 buah gua tanpa hasil sebelum mereka berhenti di sebuah gua pendakian curam melalui kawasan tebing berbatu.

    “Saya menjerit ketika kami menjumpai lukisan itu,” katanya kepada media, sambil menunjukkan lakaran sekumpulan tokoh berwarna karat yang kelihatan seperti berpegangan tangan.

    Pada awalnya dinding gelap menyelubungi ukiran, tetapi pemeriksaan yang teliti dan penggunaan aplikasi mudah alih yang membantu penyelidik meningkatkan seni batu mendedahkan lukisan.

    Beberapa ahli arkeologi dari Jabatan Seni Halus di Ratchaburi melihat lukisan di dalam gua di Taman Negara Khao Sam Roi Yot. – AFP
    Kelihatan ahli arkeologi melalui kawasan Taman Negara Khao Sam Roi Yot ketika mencari lukisan pra-sejarah. – AFP
    Seorang ahli arkeologi menggunakan aplikasi telefon bimbit untuk melihat lukisan yang baru ditemui. – AFP
    Antara lukisan yang baharu ditemui. – AFP

    “Lukisan itu merupakan peninggalan pra-sejarah dan ia berusia sekitar 2 sehingga 3,000 tahun,” kata Kanniga.

    Thailand telah menggali kuil dan kota kuno, seperti reruntuhan di bekas ibu kota bersejarah Ayutthaya dan Chiang Mai utara yang menarik pelancong domestik dan asing.

    Tetapi pencarian lukisan gua lebih mencabar bagi Jabatan Seni Halus Thailand yang kekurangan tenaga kerja, selalunya kerana perjalanan sukar yang diperlukan.

    “Sebilangan besar karya utama mereka hanyalah mempertahankan apa yang sudah dijumpai… dan itu sudah menelan banyak masa,” kata Noel Hidalgo Tan, seorang pakar di pusat arkeologi dan seni halus Asia Tenggara.

    “Ada banyak tempat di Thailand yang masih belum diterokai.”

    Hilang selama berabad-abad

    Penduduk tempatan sering menjelajah gua untuk mengumpulkan guano atau kotoran kelawar yang digunakan sebagai baja tetapi mungkin tidak menyedari seni dinding, itulah sebabnya misi Kanniga adalah ‘mencari di setiap ceruk gua dan tebing di taman.’

    “Kami tidak tahu apa yang akan kami temui,” kata ahli arkeologi berusia 40 tahun itu, ketika dia masuk ke ruang dalam gua. Walaupun lukisan tersebut bukan yang tertua di Thailand, gelaran itu sebagai tanda yang dipercayai berusia antara 5 sehingga 11,000 tahun yang terdapat di utara. “Clay Cave” menyokong hipotesis Kanniga bahawa kawasan Sam Roi Yot pernah menjadi tempat orang pra-sejarah .

    Penjelajahan gua adalah minat Kanniga, tetapi tahun ini adalah yang pertama dalam kariernya selama hampir dua dekad yang dia dapat mencurahkan masa dan sumber daya untuknya.

    Dia merupakan salah seorang daripada tiga ahli arkeologi yang mengawasi enam wilayah di Jabatan Seni Rupa Ratchaburi dan sebelumnya menghabiskan masa untuk menilai tempat bersejarah untuk menentukan usia dan asal usulnya.

    “Ahli arkeologi asing biasanya pakar dalam satu perkara, tetapi di Thailand kita perlu melakukan segalanya,” katanya.

    Penemuan lukisan pada tahun 2016 oleh pihak berkuasa yang melakukan penyelidikan ke atas perimeter Sam Roi Yot mendorong Kanniga untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut di kawasan taman yang belum dipetakan.

    Ketika ini, taman negara itu terkenal dengan pelancong domestik yang mengunjungi pantai berdekatan dan pemerhati unggas liar di kawasan paya bakau.

    Mencari harta karun

    Bukti menunjukkan bahawa pemburu tinggal di kawasan itu kira-kira 3,000 tahun yang lalu, kata Tan, pakar kanan seni gua dan batu di wilayah ini.

    “Mereka akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat, ​​jadi mereka akan berkemah di pergunungan,” katanya, sambil menambah bahawa garis pantai Teluk Thailand akan lebih jauh ke pedalaman.

    Walaupun di kawasan ini berpotensi, eksplorasi lanjutan oleh ahli arkeologi kerajaan berkemungkinan besar terlalu sukar kerana “gua tidak mudah diubah menjadi tempat pelancongan” seperti kuil bersejarah, kata Tan.

    “Sebagai cara untuk memelihara dan melindunginya, anda perlu menjana pendapatan tetapi bukan berbentuk kewangan.”

    Tetapi Kanniga tetap tidak terhalang dengan cabaran tersebut, dengan bantuan dua penyelidik untuk mencari warisan tersembunyi di gua-gua taman yang belum diterokai.

    “Ini cukup menggembirakan, tetapi agak menakutkan terutama ketika kami mendaki,” kata Chananchaita Kitcho kepada media.

    Pemuda berusia 23 tahun itu bersyukur mereka berjaya dalam penjelajahan mereka, terutamanya kerana pendakian sukar yang kadang-kadang terasa sia-sia.

    “Mula-mula kita tersesat. Kemudian kita menjumpai gua,” dia bergurau.

    Kanniga mengatakan bahawa dia masih merasa teruja ketika dia melihat penceritaan pada ukiran dinding.

    Dia berkata: “Apabila anda menjumpai lukisan itu, anda seperti mencari harta karun. Daya tarikan arkeologi adalah anda tidak akan pernah bosan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda