Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Penemuan mayat: Warga asing didakwa

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini berhubung penemuan mayat lelaki di tepi jalan raya pada pagi Selasa.

    Hermanto didakwa menyebabkan kematian ke atas seorang pejalan kaki lelaki berusia 44 tahun di Jalan Tengah, Seria dengan memandu Toyota Hilux putih miliknya melebihi had laju dan melanggar mangsa jam 6 pagi pada 24 Julai lalu.

    Pertuduhan adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan, Penggal 22.

    Pendakwa Raya Aeny Zullizam memaklumkan Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman bahawa polis masih belum melengkapkan siasatan mereka.

    Mahkamah kemudian menangguhkan kes itu kepada 13 Ogos untuk sebutan lanjut.

    Sementara itu, menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), mayat tersebut ditemui di kawasan berdekatan Jambatan Jalan Tengah Sungai Bera, Seria, Daerah Belait dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh ahli paramedik bertugas dan kemudiannya dibawa ke hospital RIPAS bagi menjalani bedah siasat.

    Lokasi penemuan mayat lelaki di tepi jalan baru-baru ini. – Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...