AMSTERDEM, 8 SEPT – Pakar kesenian telah menemui pemegang jag dan bakul tersembunyi dalam lukisan terkenal Belanda, Johannes Vermeer “The Milkmaid” yang kemudian dilukisnya, kata Rijksmuseum Amsterdam hari ini.
Penemuan dalam karya yang dilukis kira-kira 350 tahun lalu itu memberi penerangan baharu mengenai teknik artis yang penuh teka-teki itu, menjelang pameran terbesar karya Vermeer yang bermula di muzium pada 2023.
Teknik pengimbasan moden mendedahkan bahawa di bawah dinding putih yang menonjolkan pakaian kuning dan biru cerah ‘milkmaid’ itu, Vermeer pada asalnya melukis butiran tambahan.
“Ini mendedahkan seni Vermeer baru yang tidak dijangka, ia menakjubkan,” Gregor Weber, ketua seni halus dan Rijksmuseum, memberitahu sidang akhbar.
Perubahan Vermeer bermakna sosok ikon pembantu rumah, yang dilihat dalam lukisan itu mencurahkan aliran susu dari jag tembikar, “berdiri di hadapan orang ramai dengan cara yang lebih monumental,” katanya.
Melalui kaedah x-ray yang dijalankan satu abad lalu, penyelidik menjumpai sesuatu yang tersembunyi di bawah lapisan cat dalam pembantu susu Vermeer, tetapi mereka kurang pasti apa benda itu. Salah satu penemuan terbaharu yang paling penting yang didedahkan oleh Rijksmuseum ialah artis abad ke-17 itu telah melakar pemegang kayu untuk jag di dinding tepat di belakang kepala pembantu susu itu.
Mereka sebelum ini menyangka ia mungkin tempat pembakaran kayu, tetapi teknik baharu yang dipanggil pemantulan inframerah gelombang pendek dengan jelas menunjukkan butiran jag dan bingkai kayu. Penyelidikan lanjut mendedahkan bahawa rak jag disebut dalam wasiat Vermeer selepas kematiannya, manakala model pemegang yang hampir serupa boleh dilihat di rumah anak patung abad ke-17 di Rijksmuseum. – AFP
