Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penentang hukuman mati di Filipina dilucutkan

    MANILA, 16 Mac – Parti memerintah Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah melucutkan berbelas-belas ahli undangan dari jawatan kepimpinan kongres kerana mengundi membantah hukuman mati, yang menurut para pengkritik memberi amaran hari ini bahawa itu adalah sebahagian “kecondongan berbahaya ke arah autoritarianisme”.

    Dalam langkah luar biasa yang digelar oleh media tempatan ‘penyingkiran’, bekas presiden Gloria Arroyo semalam disingkirkan dari jawatan timbalan speaker Majlis Perwakilan dan 11 ahli perundangan serta semua anggota parti campuran memerintah Duterte telah kehilangan kedudukan kerusi jawatankuasa.

    Ini memenuhkan ancaman oleh speaker Majlis Perwakilan untuk menghukum sesiapa yang mengundi membantah rang undang-undang bulan ini untuk memperkenalkan hukuman mati bagi jenayah berkaitan dadah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda