Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Penerbangan angkasawan pertama Boeing ditunda Julai

    CAPE CANAVERAL, FLORIDA, 30 MAC – Pelancaran angkasawan pertama Boeing telah ditunda sekali lagi, kali ini sehingga Julai.

    NASA mengumumkan penangguhan terbaharu semalam, berkata lebih banyak masa diperlukan untuk mengesahkan dan menguji sistem payung terjun kapsul Starliner sebelum kapal angkasa itu berlepas dengan dua juruterbang ujian. Ujian perisian tambahan juga sedang dilaksanakan.

    Boeing telah pun ketinggalan di belakang jadual apabila ia terpaksa mengulang penerbangan ujiannya tanpa kru ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa disebabkan perisian dan masalah lain. Penerbangan pertama dilakukan pada 2019 dan kedua pada 2022.

    “Kami tahu apa yang kami lakukan adalah amat penting, melancarkan manusia ke angkasa,” beritahu Ketua Boeing, Mark Nappi kepada wartawan. “Maka kami akan mengambil masa kami dan kami akan memastikan semua orang yakin dengan kerja yang telah dilakukan.”

    Pelancaran kini disasarkan paling awal pada 21 Julai dari Stesen Angkasa Cape Canaveral. Kapsul Starliner akan dilancarkan dengan menggunakan roket Atlas V milik United Launch Alliance.

    NASA mengupah Boeing dan SpaceX satu dekad lalu untuk membawa angkasawan ke dan dari stesen angkasa. SpaceX melancarkan kru NASA ketujuhnya pada awal bulan ini. – AP

    Gambar serahan Boeing menunjukkan juruteknik bekerja di kapal angkasa Starliner di Pusat Angkasa Kennedy di Florida untuk ujian penerbangan kru Boeing NASA. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...