RIYADH, 22 MEI – Sebuah syarikat penerbangan di Arab Saudi telah memulakan penerbangan pertama negara itu dengan kesemua kru wanita, kata pegawai semalam, mengalu-alukannya sebagai satu peristiwa bersejarah dalam pemerkasaan wanita di negara yang konservatif itu.
Penerbangan yang dikendalikan oleh flyadeal, subsidiari penerbangan tambang murah Saudi, berlepas dari ibu negara Riyadh ke bandar pantai Laut Merah Jeddah baru-baru ini, kata jurucakap flyadeal, Emad Iskandarani. – AFP