Penerbangan bersejarah, delegasi AS-Israel mendarat di Abu Dhabi

ABU DHABI, 31 OGOS – Delegasi AS-Israel yang diketuai oleh penasihat Rumah Putih, Jared Kushner tiba di Abu Dhabi hari ini, dalam penerbangan komersial pertama yang bersejarah dari Tel Aviv untuk menandakan hubungan antara negara Yahudi dan UAE.

Perkataan ‘Aman’ ditulis dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Ibrani di kokpit penerbangan El Al yang mendarat di terminal VIP di ibu negara Emirates di mana bendera AS dikibarkan dengan sepanduk Star of David.

“Walaupun ini adalah penerbangan bersejarah, kami berharap ia akan memulakan perjalanan yang lebih bersejarah di Timur Tengah dan seterusnya,” kata Kushner, yang merupakan menantu Presiden Donald Trump dan arkitek utama dasar Timur Tengahnya, sebelum menaiki kapal terbang.

“Masa depan tidak harus ditentukan oleh masa lalu. Ini adalah masa yang sangat diharapkan.”

Arab Saudi membenarkan penerbangan ‘bersejarah’ melintasi ruang udaranya, kata Kushner di Abu Dhabi sejurus penerbangan itu mendarat.

“Ini adalah pertama kalinya ia terjadi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang telah menjadikan ia berhasil dicapai.” – AFP

Penasihat Presiden AS, Jared Kushner (tengah), Ketua Majlis Keselamatan Negara Israel Meir Ben-Shabbat (kiri) dan Penasihat Keselamatan Negara AS, Robert O’Brien di lapangan terbang Abu Dhabi, selepas mendarat bagi penerbangan bersejarah dari Israel ke UAE. – AFP