Penerbangan Boeing 737 MAX 8 dihentikan

SEOUL, 14 Mac – Dua syarikat penerbangan Korea Selatan, yang dijangka memperkenalkan jet penumpang Boeing 737 MAX 8 pada akhir tahun ini, memutuskan tidak akan membenarkan penerbangan kapal terbang sehingga keselamatan terjamin, lapor agensi berita Yonhap hari ini.

Syarikat penerbangan terbesar negara Korean Air dipetik sebagai berkata bahawa ia memutuskan tidak menerbangkan kapal terbang Boeing 737 MAX 8, yang dilihat berlakunya nahas dalam beberapa bulan ini, sehingga keselamatan mereka terjamin. Korean Air pada asalnya merancang untuk menggunakan pesawat udara itu mulai bulan Mei. Ia menandatangani satu kontrak dengan Boeing pada tahun 2015 untuk membeli 50 kapal terbang MAX 8 pada tahun 2025.

Kapal terbang tambang murah negara T’way Air juga memutuskan tidak akan mengendali kapal terbang tersebut sehingga keselamatan terjamin. Ia pada asalnya merancang menggunakan empat jet MAX 8 pada separuh tahun kedua tahun ini. Keputusan itu diambil di tengah kebimbangan global yang meningkat berhubung keselamatan kapal terbang Boeing 737 MAX 8 selepas berlakunya dua nahas dalam tempoh lima bulan.

Kapal terbang Boeing 737 MAX 8 Ethiopian Airlines terhempas sejurus selepas berlepas dari Addis Ababa pada Ahad, membunuh kesemua 157 orang.

Sebuah jet lain daripada model yang sama, dikendali oleh syarikat penerbangan tambang murah Indonesia Lion Air, terhempas pada Oktober tahun lalu membunuh kesemua 189 penumpang.

Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan, Eastar Jet memutuskan pada Selasa tidak membenarkan jet MAX 8 daripada membuat penerbangan untuk meredakan kebimbangan orang awam mengenai keselamatan kapal terbang itu. – Xinhua