Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan disambung semula

    MOSCOW, 11 April – Rusia dan Mesir kelmarin akan menyambung semula penerbangan terus selepas dihentikan hampir lebih dua tahun selepas pengeboman yang berlaku di semenanjung Sinai pada 2015.

    Pihak berkuasa Moscow menghentikan penerbangan terus atas dasar keselamatan selepas serangan itu dan juga ia memberi kesan kepada ekonomi Mesir yang bergantung kepada pelancongan dan menjadi destinasi kegemaran rakyat Rusia.

    Sementara itu pesawat Aeroflot akan berlepas dari lapangan terbang Sheremetyevo, Moscow ke Kaherah, bagi memulakan langkah awal untuk menyambung semula penerbangan ke destinasi percutian di Laut Merah.

    Egyptair akan menyambung semula perkhidmatan antara dua bandar dan dua syarikat bersama-sama melakukan lima penerbangan balik antara Moscow dan Kaherah dalam seminggu.

    Namun, langkah tersebut tidak secara terus membantu sektor pelancongan Mesir yang bedepan dengan masalah ketika ini, menurut pihak berkuasa Rusia.

    “Para pelancong tidak perlu membuat penerbangan terus ke Kaherah. Perjalanan dari Kaherah ke tempat peranginan sangat lama dan tidak selesa, tidak ada yang akan melakukan perjalanan seperti itu,” menurut jurucakap Industri Pelancongan Rusia, Irina Tyurina memberitahu AFP. “Situasinya sama seperti sebelum ini apabila orang ramai secara bebas melalui Minsk atau Istanbul antara pelancong setia Mesir atau Rusia yang tinggal di sana,” katanya.

    “Mesir masih belum menjadi destinasi pelancongan untuk pasaran Rusia.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda