Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Penerbangan Jordan, Syria disambung semula

    AMMAN, 28 SEPT – Penerbangan komersial akan diteruskan di antara Amman dan Damsyik pada Ahad setelah digantung selama sembilan tahun disebabkan perang saudara Syria, kata pihak berkuasa Jordan.

    Penyambungan penerbangan oleh syarikat penerbangan Royal Jordanian Airlines diumumkan selepas mesyuarat di antara pegawai dari kedua-dua negara, lapor agensi berita Petra.

    Petra berkata delegasi menteri Syria berada di Amman untuk rundingan bertujuan memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala di antara negara jiran tersebut.

    Royal Jordanian mengendali dua penerbangan sehari ke Syria – satu ke Damsyik dan satu ke utara bandar Aleppo – sehingga Julai 2012, apabila ia menggantung perkhidmatan ketika pemberontakan antikerajaan bertukar menjadi perang besar-besaran, sekali gus menjejas lalu lintas udara.

    “Royal Jordanian akan meneruskan penerbangan ke Syria mulai Ahad ini dengan syarat ia menghormati protokol kesihatan berkaitan pandemik koronavirus,” kata Menteri Pengangkutan Jordan Wajih Azayza dalam satu kenyataan hari ini.

    Penumpang dari Syria diwajibkan menunjukkan ujian COVID-19 negatif yang diambil dalam tempoh 72 jam sebelum penerbangan, selain diuji selepas tiba di Amman, kata beliau.

    Delegasi Syria berkunjung ke Amman semalam menerusi lintasan Jaber-Nassib, yang telah ditutup kepada lalu lintas selama dua bulan disebabkan keganasan baharu di selatan Syria.

    Lintasan itu, yang merupakan lintasan utama di antara kedua-dua negara akan dibuka semula kepada orang awam esok, menurut Petra. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...