Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Penerbangan Kabul ditunda akibat salji tebal

KABUL, 16 DIS – Penerbangan ke dan dari ibu negara Afghanistan ditunda atau dibatalkan hari ini selepas bandar itu diselimuti salji semalaman.

Jalan raya Kabul juga lengang sebahagiannya ketika pemilik kedai, kakitangan kerajaan dan pekerja tinggal dalam rumah untuk mendapatkan perlindungan daripada cuaca sejuk itu.

Jerempak dingin itu telah menambah masalah Afghanistan, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan lain mengingatkan jutaan penduduk memerlukan makanan dan tempat berteduh daripada musim sejuk teruk bakal dihadapi negara.

Hari ini, puluhan pekerja membersihkan salji dari landasan kapal terbang di lapangan terbang Kabul, yang telah meneruskan perniagaan selepas ditutup pada Ogos apabila puluhan ribu penduduk bergegas untuk berpindah ketika Taliban kembali berkuasa.

“Penerbangan telah ditunda memandangkan salji turun di landasan kapal terbang tetapi kami akan membersihkannya,” kata Imamuddin Ahmadi, jurucakap Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan. – AFP

Orang muda berseronok bermain dalam salji pertama di Kabul pada 15 Disember 2021. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -