Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan ke Jeddah masih diteliti

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Susulan peraturan baharu yang diperkenal oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi, penerbangan ke Jeddah pada Mac masih lagi diteliti dengan butiran selanjutnya akan dimaklumkan pada 2 Mac ini.

    Penerbangan BI001 dari Brunei ke Jeddah yang berlepas esok (29 Februari) dan akan pulang pada hari yang sama, beroperasi seperti yang dijadualkan meskipun terdapat sekatan tetapi tidak terhad kepada para pengunjung ke Jeddah, untuk tujuan mengerjakan umrah dan pemegang visa pelancong yang telah mengunjungi negara-negara terjejas wabak koronavirus berbahaya.

    Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan sedang dalam proses persiapan untuk membawa pelanggan dan kumpulan yang pada masa ini berada di Arab Saudi pulang ke tanah air dan akan menghubungi pelanggan secara terus atau pada waktu tertentu menerusi ejen-ejen yang dilantik bermula 2 Mac setelah maklumat lanjut diperolehi.

    RB akan terus memantau situasi tersebut di seluruh rantau dan membuat penyesuaian sejajar dengan peraturan negara-negara relevan yang memerlukan sebarang perubahan berkaitan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda