Penerbangan ke Korea S, Jepun mulai 15 Sept

HANOI, 1 SEPT – Lembaga Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) merancang menyambung semula laluan udara dengan Korea Selatan dan Jepun pada 15 September, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Pengarah CAAV Dinh Viet Thang berkata pada Isnin rundingan mengenai perkata itu sudahpun selesai. Terdapat lapan penerbangan setiap minggu, masing-masing empat dengan Jepun dan Korea Selatan.

Semua penumpang akan dikenakan kuarantin wajib selama 14 hari untuk mengelakkan penularan COVID-19, katanya. Sehubungan itu, pada Selasa Kementerian Pengangkutan akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Tenaga Kerja, Orang Kurang Upaya dan Hal Ehwal Sosial untuk membincangkan perkara itu secara terperinci, terutamanya mengenai langkah kuarantin. – Bernama