Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Penerbangan ke Limbang kembali normal 1 Disember ini

-

KUALA LUMPUR, 28 NOV – Kekerapan penerbangan MASwings bagi semua laluan melibatkan Limbang di Sarawak dijangka kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda, bermula 1 Disember ini.

Ketika ini, perkhidmatan udara dari dan ke Limbang terjejas dan terpaksa dikurangkan kerana isu sempadan negara membabitkan Malaysia dan Brunei yang ditutup berikutan pandemik itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata kekerapan penerbangan itu adalah seperti yang dipersetujui Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) dan kerajaan akan sentiasa membuat semakan semula dari semasa ke semasa melibatkan RAS bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Berikutan ancaman COVID-19, memang ada terjejas sedikit (kekerapannya) kerana negara jiran (Brunei menutup sempadan). Jumlah penerbangan kurang, contohnya untuk satu minggu, Miri-Limbang hanya 14 sahaja daripada 21 (sebelum ini).

“Bermula 1 Disember (Rabu) ini kita kembali normal (bagi kekerapan penerbangan). Maknanya, dalam seminggu, kekerapan laluan ke Miri-Limbang akan kembali menjadi 21, Kuching-Limbang (3), Limbang-Lawas (2), Kota Kinabalu-Limbang (3). Harapan kita mudah-mudahan keadaan kembali normal dan sempadan dibuka.

“Cuma mungkin akan ada syarat-syarat atau prosedur operasi standard tertentu yang dikeluarkan oleh Malaysia dan Brunei,” kata Ahli Parlimen Limbang itu kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Beliau berkata kerjasama baik kerajaan negeri dan Persekutuan bersama kerajaan Brunei sentiasa terjalin memandangkan penerbangan ke daerah lain dari Limbang memerlukan penumpang memasuki sempadan negara Brunei. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -