Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penerbangan ke Tawau berpatah balik ke KLIA sebab isu teknikal

    PUTRAJAYA, 5 APRIL – Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada Ahad, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan isu teknikal dan keadaan cuaca yang buruk.

    “Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang telah membuat keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur demi kepentingan keselamatan penumpang,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini, sambil menambah pesawat itu selamat mendarat di KLIA pada pukul 5:03 petang.

    “Keselamatan anak kapal dan penumpang kami adalah yang teramat penting bagi Malaysia Airlines,” kata syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pener-bangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Chester Voo dalam kenyataan berasingan hari ini pula berkata pihaknya telah menerima laporan Mandatory Occurrence Report yang dihantar oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB) berhubung kejadian itu.

    Beliau berkata pesawat itu berpatah balik ke KLIA sebagai mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.

    “Juruterbang dan pembantu juruterbang menguruskan isu teknikal itu dengan selamat, dan kembali ke Kuala Lumpur untuk tindakan penyelenggaraan yang diperlukan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...