Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penerbangan komersial pertama berlepas dari Sanaa

    SANAA, 16 MEI – Penerbangan komersial pertama dalam hampir enam tahun berlepas dari ibu negara Yaman hari ini, satu langkah besar dalam proses perdamaian di negara yang dilanda konflik itu.

    Kapal terbang Yaman yang membawa 126 penumpang, termasuk pesakit hospital yang memerlukan rawatan di luar negara dan saudara mereka, berlepas dari Sanaa ke ibu negara Jordan, Amman sejurus selepas 9 pagi.

    Sebelum berlepas, kapal terbang dengan ekor cat merah dan biru itu bergerak melalui dua jentera bomba yang melepaskan meriam air. Ia mendarat di Amman sebelum 0900 GMT.

    Lapangan terbang Sanaa telah ditutup kepada lalu lintas komersial sejak Ogos 2016 disebabkan serangan udara oleh gabungan tentera pimpinan Saudi, yang bertempur menentang pemberontak Huthi yang disokong Iran.

    Perjanjian damai selama dua bulan itu berkuat kuasa pada 2 April lalu, namun operasi penerbangan tertentu di bawah perjanjian itu tertangguh selepas kerajaan Yaman yang diso-kong Arab Saudi, berkeras mahu semua penumpang dari Sanaa memiliki pasport yang dikeluarkan kerajaan.

    Selepas berdepan tekanan antarabangsa yang meningkat, kerajaan Yaman akhirnya bersetuju pada minggu lalu untuk membenarkan pemegang pasport yang dikeluarkan Huthi, untuk menaiki penerbangan ke luar Yaman. – AFP

    Penumpang Yaman meninggalkan Lapangan Terbang Queen Alia selepas tiba di ibu negara Amman kelmarin dengan menaiki penerbangan komersial pertama dari Sanaa. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...