Penerbangan kru SpaceX dilancarkan 27 Mei

WASHINGTON, 19 APRIL – NASA mengumumkan pada Jumaat bahawa sebuah roket SpaceX akan menghantar dua angkasawan Amerika ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)pada 27 Mei, penerbangan angkasa lepas kru pertama dari Amerika Syarikat (AS) dalam hampir satu dekad.

“Pada 27 Mei, @NASA sekali lagi akan melancarkan angkasawan Amerika dalam roket Amerika dari negara Amerika!” kata ketua NASA Jim Bridenstine di Twitter.

Angkasawan akan dihantar ke ISS dengan menaiki roket SpaceX Falcon 9.

Angkasawan Robert Behnken dan Douglas Hurley akan dilancarkan ke ISS dengan menaiki kapal angkasa lepas SpaceX Crew Dragon.

Mereka akan berlepas pada pukul 4:32 petang dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida, kata NASA.

Sejak Julai 2011, Amerika Syarikat telah bergantung pada roket Rusia Soyuz untuk membawa angkasawan AS ke ISS. – AFP

Gambar fail bertarikh 29 Mei 2014 menunjukkan kapal angkasa lepas Dragon V2 dilihat semasa sidang media di Hawthorne, California. NASA mengumumkan ia akan menghantar dua angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 27 Mei. – AFP