Penerbangan orbital pertama bagi roket bulan awal 2022

WASHINGTON, 18 NOV – Elon Musk berkata kelmarin yang kapal Starship dibangunkan oleh syarikatnya, SpaceX dan dipilih oleh NASA bagi penerbangan semula warga Amerika ke bulan akan membuat percubaan orbital pertamanya seawal tahun hadapan.

“Kami akan melakukan beberapa ujian Disember ini dan berharap dapat melancarkannya pada Januari,” kata Musk dalam rundingan bagi Lembaga Pengkajian Angkasa Lepas Akademi Nasional.

“Terdapat risiko yang berkaitan dengan pelancaran pertama ini. Oleh itu saya tidak dapat katakan ia akan berjaya, namun saya rasa kami akan membuat banyak kemajuan,” katanya. – AFP