Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Penerbangan pertama Sanaa, Yemen pada Ahad

    NEW YORK, 22 APRIL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik penerbangan komersial pertama selepas enam tahun yang dijadualkan berlepas dari lapangan terbang Sanaa, Yaman  sebagai langkah penting terhadap persetujuan gencatan senjata selama dua bulan, lapor Xinhua, memetik jurucakap PBB pada Khamis.

    Penerbangan itu dijadual berlepas pada Ahad ke destinasi pertamanya Amman, Jordan kata Stephane Dujarric, ketua jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

    “PBB mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Hashemite Jordan atas sokongannya dalam mencapai persetujuan ini, dan Kerajaan Yaman terhadap peranannya dalam menjayakan perkara ini.”

    “Badan dunia itu mengharapkan semua pihak yang terlibat untuk memastikan penerbangan itu berjaya,” kata Dujarric.

    Penerbangan itu merupakan elemen penting gencatan senjata yang dicapai antara kerajaan dan puak Houthi baru-baru ini melalui pengantaraan wakil khas PBB ke Yaman, Hans Grundberg. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...