Penerbangan pesawat Air China 737 dikurangkan

SHANGHAI, 18 Julai – Pihak berkuasa China telah mengurangkan penerbangan Air China 737 dan membatalkan lesen penerbangan kru pesawat yang terbabit dalam kejadian kecemasan di udara yang dicetuskan oleh asap vape daripada pembantu juruterbang, kata media negeri hari ini.

Sebuah kapal terbang China 737 membuat pendaratan kecemasan pada minggu lalu selepas pembantu juruterbang tersilap menutup sistem penyaman udara dalam usaha untuk menyembunyikan asap e-rokoknya.

Kejadian itu, yang mengakibatkan penggunaan topeng oksigen penumpang, berlaku dalam satu penerbangan dari Hong Kong ke bandar timur laut Dalian.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) telah mengurangkan penerbangan 737 sebanyak 10 peratus dan mengarahkannya menjalani pembaikpulih keselamatan selama tiga bulan, kata Televisyen Utama China (CCTV).

Pengawas penerbangan itu juga mendenda Air China 50,000 yuan.

Boeing 737 menyumbang kepada lebih daripada 40 peratus armada Air China pada akhir tahun lalu, laporan syarikat itu menunjukkan.

Saham Air China merosot lebih dua peratus di Shanghai pada pagi ini selepas hukuman tersebut. – AFP