MILAN, 11 MAC – Roma tidak akan pergi ke Sepanyol untuk perlawanan Liga Europa menentang Sevilla selepas pihak berkuasa Sepanyol enggan membenarkan penerbangan mereka menuju ke negara itu di tengah-tengah krisis wabak koronavirus (COVID-19) yang semakin meningkat, kata kelab Itali itu hari ini.
“AS Roma tidak akan pergi ke Sepanyol untuk perlawanan Liga Europa menentang Sevilla FC selepas pesawat dari
Itali tidak dibenarkan mendarat di Sepanyol,” menurut kenyataan Serie A di media sosial mereka.
“Maklumat lanjut dari UEFA akan diumumkan tidak lama lagi,” kata pasukan dari ibu negara Itali itu menjelang perlawanan kelompok 16 terakhir UCL mereka, yang dijadualkan esok.
Sebuah lagi pasukan Itali, Inter Milan juga dijangka menjadi tuan rumah bagi menentang pasukan dari Sepanyol, Getafe esok di Stadium San Siro. Tetapi presiden Getafe, Angel Torres berkata kelmarin pasukannya tidak akan pergi ke Itali.
Pihak berkuasa Sepanyol kelmarin menggantung semua penerbangan pergi dan balik antara Sepanyol dan Itali bermula 25 Mac.
Itali telah menerima kesan paling teruk dari mana-mana negara Eropah akibat penularan wabak COVID-19 dengan 631 kes kematian, manakala 47 kes kematian dicatat di Sepanyol dengan lebih daripada 2,000 telah dijangkiti. – AFP
