Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan SpaceX ke ISS ditangguhkan

    WASHINGTON, 21 APRIL – Misi SpaceX yang membawa kru ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa telah ditangguhkan akibat kebimbangan mengenai cuaca, kata NASA hari ini.

    Pesawat itu telah dijadualkan berlepas esok (Khamis) kerana ramalan cuaca yang tidak mengizinkan di sepanjang laluan penerbangan itu yang kini ditetapkan akan bermula pada 5:49 pagi Jumaat, kata agensi angkasa lepas AS.

    Roket SpaceX itu membawa empat astronaut ke ISS dalam misi rutin kedua sejak Amerika Syarikat (AS) menyambung semula penerbangan angkasa bersama kru dan yang pertama bersama seorang angkasa Eropah.

    Misi itu digelar Crew-2, melibatkan astronaut AS, Shane Kimbrough dan Megan McArthur, bersama Akihiko Hoshide dari Agensi Eksplorasi Jepun (JAXA) dan Thomas Pesquet warga Perancis dari Agensi Angkasa Eropah (ESA).

    SpaceX Elon Musk telah menjadi penyedia pengangkutan kegemaran NASA ketika agensi itu menunggu kapsul Starliner, Boeing untuk menjalankan ujian penting.

    Uji penerbangan pertama SpaceX pada Mei 2020 menamatkan kebergantungan Amerika selama sembilan tahun ke atas roket Rusia bagi penerbangan ke ISS susulan program Space Shuttle terhenti.

    Penerbangan pada Jumaat itu akan menggunakan semula roket penggalak yang digunakan dalam misi Crew-1 – yang pertama – dan kapsul Crew Dragon akan menjadi yang sama digunakan dalam misi ujian itu.

    Keempat-empat astronaut itu akan berhimpit selama beberapa hari bersama kru-kru daripada Crew-1 sebelum pasukan itu pulang daripada misinya enam bulan.

    Dengan tiga warga Rusia di dalam kapal itu, stesen itu akan menjadi penuh sesak, yang memuatkan 11 orang. – AFP

    Shane Kimbrough (kiri), Megan McArthur, Thomas Pesquet dan Akihiko Hoshide (kanan) semasa ujian percubaan pakaian di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral menjelang pelepasan mereka ke ISS pada Jumaat ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda