Penerbangan tanpa henti Qantas catat kejayaan

PERTH, AUSTRALIA, 15 NOV – Penerbangan antarabangsa Australia, Qantas hari ini berjaya menamatkan 19 jam setengah penerbangan tanpa henti dari London ke Sydney, yang digunakan untuk menjalankan satu siri ujian bagi menilai kesan penerbangan jarak jauh terhadap keletihan kru dan penumpang.

Boeing 787-9 Dreamliner berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London pagi kelmarin dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Sydney walaupun terlewat 45 minit daripada yang dijadualkan pada jam 12:30 petang hari ini.

Perjalanan sejauh 17, 800 batu (10,060 batu) ini merupakan sebahagian daripada ‘Project Sunrise’- sebagai sasaran operasi Qantas untuk penerbangan komersial tanpa henti dari Bandaraya pantai timur Australia di Brisbane, Sydney dan Melbourne ke London dan New York.

Pada bulan lepas, Qantas menamatkan penerbangan pertama tanpa henti dari New York ke Sydney, yang mengambil masa 19 jam dan 16 minit.

Seramai 52 orang penumpang, kebanyakannya pekerja Qantas dalam penerbangan itu.

Mereka ikut serta dalam pelbagai eksperimen termasuk penggunaan peranti teknologi untuk mengesan corak tidur, pengambilan makanan dan minuman, pencahayaan dan pergerakan fizikal. – AP

CEO Qantas Alan Joyce dan kru penerbangan turun dari Boeing 787-9 Dreamliner sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Sydney. – AP