Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Penerbangan terjejas, gangguan bekalan elektrik

    MANILA, 1 MEI – Gangguan bekalan elektrik di lapangan terbang di Manila pada awal pagi ini menyebabkan beberapa penerbangan domestik dibatalkan, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.

    Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA) memaklumkan gangguan bekalan elektrik di Terminal 3 berlaku sejurus selepas 1 pagi waktu tempatan hari ini, lapor Xinhua.

    “Bekalan kuasa sokongan kini membekalkan elektrik ke kemudahan kritikal yang membolehkan sebahagian sistem komputer syarikat penerbangan dan imigresen berfungsi serta membolehkan pemprosesan penumpang masuk dan keluar,” menurut MIAA dalam satu kenyataan.

    MIAA memaklumkan bahawa kakitangan operasi kini terus melakukan pemantauan di Terminal 3 untuk membantu penumpang.

    Setiausaha Pengangkutan Jaime Bautista berkata sistem penjana Terminal 3 digunakan untuk membekalkan kuasa manakala pasukan kejuruteraan MIAA sedang meneliti punca gangguan bekalan elektrik itu.

    Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos, yang kini dalam lawatan rasmi ke Amerika Syarikat telah mengarahkan Bautista untuk memulihkan bekalan kuasa “secepat mungkin”.

    Gangguan bekalan elektrik turut melanda lapangan terbang Manila pada Januari, mencetuskan masalah teknikal dan menyebabkan pembatalan penerbangan domestik dan antarabangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -