Friday, September 30, 2022
24.8 C
Brunei

Penerbitan Rolling Stone diubah demi Army

-

Kelab peminat kumpulan BTS iaitu Army berjaya mengubah tarikh penerbitan majalah antarabangsa Rolling Stone bagi edisi September 2022.

Mengikut jadual, majalah tersebut sepatutnya diterbitkan pada 6 September tetapi ditukar kepada 1 September bersempena dengan hari jadi ke-25 salah seorang anggota BTS iaitu Jungkook.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbitan Rolling Stone, penukaran tersebut lantas membuktikan kuasa dan pengaruh peminat dengan menjalinkan kerjasama di antara majalah dan peminat kumpulan terkenal itu.

Malah ia adalah kali pertama kerjasama seumpama itu dilakukan pengurusan majalah itu dengan kelab peminat.

Army mahu majalah itu diterbitkan pada 1 September kerana mereka menempah khas iklan dalam majalah tersebut bagi mengucapkan hari jadi kepada Jungkook.

“Budaya membeli iklan hari jadi untuk selebriti kesayangan mereka adalah perkara biasa bagi artis K-pop dengan peminat mereka.

“Memang sebelum ini pernah dilakukan tetapi tidak pernah majalah muzik penting seperti ini melakukannya,” kata sumber.- Agensi

Army mahu majalah itu diterbitkan pada 1 September kerana ingin mengucapkan hari jadi kepada Jungkook.- Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -