Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Penerima dua Anugerah Pelancongan ASEAN dirai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Penerima Anugerah Pelancongan ASEAN bagi Negara Brunei Darussalam khususnya Anugerah Perkhidmatan Spa ASEAN ke-2 dan Anugerah Tandas Awam ASEAN ke-2 menerima anugerah mereka dalam majlis yang berlangsung di Bilik VIP, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, KSSUP, di sini, hadir bagi menyampaikan anugerah berkenaan kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

    Anugerah Standard Spa ASEAN ke-2 telah dianugerahkan kepada Reflection Eco Holistics (B) Sdn Bhd di mana anugerah mengetengahkan elemen-elemen penting dalam operasi spa berkualiti dan profesional khususnya melihat kepada tempat, perkhidmatan, kakitangan, produk, peralatan, pengurusan serta persekitaran.

    Manakala, Anugerah Standard Tandas Awam ASEAN ke-2 dianugerahkan kepada tiga penerima iaitu Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) bagi tandas premier dan premiumnya di mana tandas premium mempunyai kemudahan tambahan seperti bilik penukaran bagi anak damit dan bilik penyusuan.

    Anugerah berkenaan juga disampaikan kepada Restoran Kaizen Sushi dan Makmal Tenaga Seria. Standard Tandas Awam ASEAN dibangunkan dengan matlamat untuk memastikan kualiti, keselesaan dan pengurusan sisa yang betul bagi tandas awam di destinasi-destinasi pelancongan rantau ASEAN.

    Hajah Tutiaty bergambar ramai dengan penerima-penerima Anugerah Pelancongan ASEAN baru-baru ini. – Gambar serahan Jab. Kemajuan Pelancongan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...