Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penerima jantung khinzir maut

    WASHINGTON, 10 MAC – Pesakit pertama yang berjaya menerima pemindahan jantung khinzir telah meninggal dunia Selasa lalu selepas dua bulan menjalani prosedur itu, menurut hospital Maryland kelmarin.

    David Bennett, rakyat Amerika berusia 57 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Maryland (UMMC).

    Doktor tidak mendedahkan punca sebenar kematian, sekadar memaklumkan kesihatannya mula merosot sejak beberapa hari lalu, lapor Xinhua.

    “Tiada faktor yang jelas dikenal pasti akibat kematiannya,” kata jurucakap hospital. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...