Penerima vaksin lengkap meninggal dunia

ATHENS, 15 OGOS – Greece telah mencatatkan kematian pertama pesakit yang diberi vaksin lengkap COVID-19 tanpa menunjukkan sebarang gejala, kata seorang pegawai di salah sebuah hospital terkemuka di negara itu, hari ini.

“Kami melaporkan kematian pertama dari pesakit yang diberi vaksin lengkap. Ini adalah yang pertama di antara kira-kira 13,000 kematian di Greece,” kata Nikos Kapravelos, pengarah salah sebuah unit rawatan intensif hospital Papanikolaou Thessaloniki, kepada Open TV.

Lelaki itu, yang digambarkan oleh media Greece sebagai doktor gigi berusia 70 tahun, tidak mempunyai gejala, kata Kapravelos.

Lelaki itu telah melakukan semua langkah berjaga-jaga dan isteri dan anak-anaknya juga telah diberi vaksin, katanya.

Lebih 13,200 orang telah terbunuh akibat virus di Greece, dengan usia rata-rata 78 tahun.

Terdapat kebimbangan bahawa kepulangan ratusan ribu pelancong ke bandar pada musim luruh akan mencetuskan gelombang pandemik keempat di negara itu.

Kes baharu COVID-19 melonjak minggu lalu, mencecah lebih dari 4,000 daripada sekitar 2,800 minggu sebelumnya. – AFP