Monday, November 4, 2024
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peng Soon-Yee See tempah slot suku akhir

    KUALA LUMPUR, 2 NOV – Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, terpaksa menempuh aksi mendebarkan sebelum mengesahkan slot ke suku akhir dalam saingan sulung  Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur (KL) 2023 di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini.

    Walaupun turun sebagai pilihan utama, Peng Soon-Yee See dilihat bergelut bagi mengatasi gandingan bukan pilihan dari Hong Kong, Lui Chun Wai-Fu Chi Yan 28-26, 21-19 pada pusingan kedua.

    “Agak sukar baca corak permainan lawan yang belum pernah ditentang sebelum ini,” kata Peng Soon ketika ditemui selepas perlawanan. Pada peringkat suku akhir, Peng Soon-Yee See dijadual membuat perhitungan dengan pilihan kelapan dari Taiwan, Wu Hsuan-Yi-Yang Chu Yun yang menyingkirkan pasangan Vietnam, Van Hai Pham-Van Anh Than, 21-14, 22-24, 21-4.

    Sementara itu, pilihan keempat, Choong Hon Jian-Go Pei Kee turut mara ke suku akhir selepas menumpaskan pasangan Taiwan, Chen Cheng Kuan-Hsu Yin-Hui, 21-17, 21-12.

    Pei Kee yang gembira dengan keputusan tersebut berharap agar mereka dapat meneruskan momentum dengan menewaskan lawan seterusnya, Tanupat Viriyangkura-Alisa Sapniti dari Thailand untuk meraih slot ke separuh akhir.

    Tanupat-Alisa mara ke suku akhir selepas menang ke atas satu lagi pasangan negara, Juan Jeremy-Yap Ling, 21-16, 21-12. – Bernama

    Aksi regu campuran profesional negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See pada Kejohanan Badminton Masters KL 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda