Pengadil bolasepak jadi jururawat

MADRID, 27 MAC – “Saya hanya melakukan apa yang patut,” kata Iragartze Fernandez, pengadil separuh masa yang menjadi jururawat sepenuh masa sekarang, dari menggunakan wisel kepada topeng muka dengan harapan dapat membantu Sepanyol memerangi virus COVID-19.

Iragartez, 26 tahun, merupakan pengadil perlawanan di La Liga Iberdrola, divisyen atas wanita dan Segunda B, divisyen ketiga lelaki, telah berlatih menjadi jururawat selama lima tahun di Pusat Kesihatan Rekalde di Bilbao.

Tetapi setelah penularan virus yang telah menjejaskan Sepanyol, Iragartze telah membuat peranannya sebagai jururawat perubatan sepenuh masa untuk membantu menguruskan pesakit yang dijangkiti.

“Apabila seseorang tiba dalam keadaan batuk dan demam, tugas saya adalah untuk merawat mereka, sambil memakai peralatan perlindungan penuh,” katanya.

“Risiko kami adalah tinggi kerana kami sentiasa berdekatan. Itu pengalaman yang sangat tertekan kerana anda sentiasa berjuang dengan sesuatu yang tidak dapat anda lihat.

Seorang pengadil bola sepak profesional, Iragartze Fernandez ketika sedang bertugas di hospital di Bilbao semasa wabak COVID-19. Beliau kini menjadi jururawat sepenuh masa dengan harapan membantu Sepanyol memerangi virus tersebut. – AFP

Sepanyol kini mempunyai angka kematian kedua paling tertinggi di dunia, di belakang Itali dengan lebih daripada 4,000 orang telah terbunuh, menurut angka terbaharu.

Para jurulatih, pemain dan peminat telah menderma jutaan ringgit untuk membantu, sementara kelab telah menawarkan kemudahan mereka dalam usaha untuk mengurangkan tekanan.

Namun Iragartze Fernandez adalah antara beberapa ahli sukan untuk mengambil tempat di barisan hadapan perjuangan itu.

“Saya bukan wira atau apa,” kata Iragartze Fernandez. “Saya hanya membantu, seperti orang lain.”

Sepanyol kini berada 11 hari dalam perintah berkurung dengan dua minggu lagi dilanjutkan awal minggu ini.

Semua orang bimbang, ketakutan dan kecewa, Iragartze berkata pertemuannya di hospital boleh berubah buruk, berbeza dengan kerja sebagai pengadil.

“Mungkin dalam bola sepak, kita hanya bercakap,” katanya.

“Tetapi sebagai seorang jururawat, banyak kesukaran seperti orang yang mungkin tidak mahu beratur atau yang ingin diperiksa terlebih dahulu kerana mereka berpendapat keadaan mereka lebih serius daripada orang yang bersebelahan dengan mereka.”

Tetapi Sepanyol telah menunjukkan solidariti sejak penduduk berada dalam perintah berkurung.

Setiap jam 8 malam, penduduk di seluruh negara keluar ke balkoni mereka akan menyanjung serta menghormati para pekerja dalam industri kesihatan, seperti Iragartze Fernandez. – AFP