Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pengadil elit Brunei jalankan tugas

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Pengadil elit bola sepak Brunei Darussalam, Abdul Hakim bin Mohd Haidi telah ditugaskan sebagai pengadil dalam perlawanan Kumpulan B antara Laos dan Malaysia pada Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Prince Stadium kelmarin.

    Pengadil yang diperakui antarabangsa itu disertai oleh pasukan pengadil yang termasuk rakan senegaranya, Mohammad Faisal Ali sebagai penolong pengadil pertama.

    Tugasan di Kemboja itu merupakan satu lagi penampilan antarabangsa utama untuk kerjaya kedua-dua mereka yang semakin berkembang setelah berpengalaman mengadili perlawanan di peringkat tinggi baru-baru ini.

    Pengadil-pengadil tempatan itu, yang diiktiraf badan induk antarabangsa FIFA, sebelum ini diamanahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjalankan tugas mereka dalam Piala AFC musim lalu.

    Pada Jun tahun lalu, Abdul Hakim menerima pelantikannya yang paling penting apabila dilantik sebagai pengadil dalam perlawanan Kumpulan J antara Athletic 220 dan Eastern di Stadium Hong Kong.

    Begitu juga, Mohammad Faisal turut mendapat tugasan penting sebagai penolong pengadil pertama dalam perlawanan yang sama.

    Abdul Hakim adalah salah seorang daripada enam pengadil yang berpangkalan di Asia Tenggara yang terlibat dalam pertandingan itu bersama Yadi Nurcahya dari Indonesia, Souei Vongkam dari Laos, Tuan Yaasin Hanafiah dari Malaysia, Warintorn Sassadee dari Thailand dan Ngo Duy Lan dari Vietnam.

    Perlawanan Kumpulan B berkesudahan 2-1 memihak kepada Laos.

    Abdul Hakim dan Mohammad Faisal Ali bergambar ramai bersama kapten-kapten pasukan sebelum perlawanan antara Laos dan Malaysia bermula kelmarin. – Gambar serahan AFF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...