Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Pengadil silap batalkan jaringan Sri Pahang

    KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Pengadil perlawanan Liga Super 2022 membabitkan Kedah Darul Aman FC dan Sri Pahang FC telah membuat kesilapan berhubung pembatalan jaringan pasukan pelawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Rabu lepas.

    Biarpun tidak menerima sebarang surat aduan daripada Sri Pahang, Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Abang Zulkarnain Abang Abdurahman berkata berdasarkan siasatan, penelitian serta analisis menerusi rakaman video oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM mendapati bahawa memang terdapat kesalahan dilakukan oleh pegawai perlawanan tersebut.

    “Jawatankuasa Pengadil FAM seterusnya akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan terhadap pegawai-pegawai perlawanan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Abang Zulkarnain berkata demikian berhubung tindakan awal terhadap beberapa insiden membabitkan pengadil sepanjang hari perlawanan ketiga Liga Super pada Selasa dan Rabu lepas.

    Kontroversi melanda perlawanan Kedah dan Sri Pahang itu menyaksikan pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir membatalkan dua gol Sri Pahang masing-masing menerusi David Rowley pada minit ke-62 serta Johan Martial pada minit ke-80 kerana didakwa ofsaid selain kekasaran dilakukan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -