Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pengadil tempatan ditugaskan dalam perlawanan antarabangsa

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Walaupun ketiadaan sebarang pertandingan bola sepak dilangsungkan di negara ini akibat pandemik COVID, para pengadil tempatan yang diperakui oleh FIFA telah dilantik untuk mengadili perlawanan di peringkat antarabangsa seperti Piala AFC.

    Presiden Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darussalam (PPBD), Haji Hamidon bin Mohd Zain berkata sedemikian semasa majlis Sambutan Hari Raya anjuran PPBD yang diadakan kelmarin.

    Dalam ucapan alu-aluan, beliau berkata, “PPBD merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) yang memberikan sokongan berterusan seperti membawa kepakaran dari luar negara untuk bersama-sama meningkatkan mutu pengadilan negara.”

    Beliau turut menyentuh mengenai peranan PPBD dalam memberikan kerjasama kepada FABD untuk bersama-sama membantu pembangunan pengadil di negara ini.

    Beliau juga menekankan bahawa pembatalan liga domestik yang dianjurkan oleh FABD disebabkan oleh sekatan COVID secara tidak langsung memberi kesan kepada persatuan pengadil.

    “Namun begitu, pengadil tempatan masih menjalankan latihan kecergasan dua kali seminggu pada hari Jumaat dan Ahad manakala terdapat juga pengadil elit yang diperakui oleh FIFA yang berlatih lebih daripada dua kali seminggu,” tambah beliau.

    Bercakap mengenai aktiviti baru-baru ini, latihan kecergasan telah dijalan-kan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

    Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan dan Haji Hamidon bergambar ramai semasa Sambutan Majlis Hari Raya kelmarin. – Gambar serahan PPBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...