Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pengagihan minuman percuma sempena HK38

    Oleh Yusrin Junaidi & Sim Y H

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Dalam sama-sama menyemarakkan lagi Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan ke-38 (HK38) yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, hari ini, pelbagai pihak telah mengambil inisiatif menyediakan minuman percuma untuk orang ramai dan para peserta di beberapa lokasi di ibu negara.

    The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) Mayapuri cawangan bandar adalah antara yang melaksanakan inisiatif berkenaan dengan mengagihkan sebanyak 500 cawan kecil minuman teh ais dan kopi ais kepada semua peserta upacara perbarisan Hari Kebangsaan bermula pukul 6 pagi hingga 11 pagi.

    Pengagihan minuman percuma itu merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat CBTL dalam mengucap terima kasih kepada pelanggannya atas sokongan yang telah diberikan selama ini.

    Sementara itu, Redbull Brunei mengagihkan lebih 1,000 tin minuman Redbull yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai dan peserta.

    Redbull Brunei mengagihkan Redbull Plus, satu produk terbaharu Redbull yang merupakan minuman tanpa gula dan sihat, sesuai untuk kegunaan semua terutama sekali bagi yang menggemari aktiviti sukan lasak.

    Manakala itu, Green Brunei pula menempatkan empat stesen dispenser air, disediakan di tempat-tempat tertentu di sepanjang jalan perbarisan menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Inisiatif berkenaan diketuai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari.

    Semasa kempen berkenaan, orang ramai digalakkan untuk membawa botol ataupun cawan guna semula sendiri sewaktu acara sambutan.

    Lebih 20 botol besar air telah disediakan sepanjang acara berlangsung sehingga berakhirnya upacara berkenaan.

    Rakan pengendali acara bagi inisiatif itu ialah Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan juga disokong oleh Urus Setia Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan banyak lagi.

    Kakitangan CBTL bergambar ramai bersama minuman yang disediakan secara percuma untuk orang ramai dan peserta di ibu negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-38.
    Green Brunei menyediakan empat stesen dispenser air di sepanjang jalan perbarisan menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
    Pekerja Redbull mengagihkan lebih 1,000 tin minuman Redbull yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...