PARIS, 11 JAN – Pengagihan vaksin COVID-19 tidak seimbang akan melebarkan jurang antara negara-negara kaya dan sedang membangun, mengancam kerjasama yang diperlukan untuk menangani cabaran bersama seperti perubahan iklim, menurut amaran Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini.
Dalam Laporan Risiko Global tahunannya, yayasan Switzerland yang menganjurkan perhimpunan tahunan Davos bagi golongan kaya dan berkuasa memberi amaran bahawa golongan kurang bernasib baik semakin terpinggir.
“Kelaziman COVID-19 lebih besar di negara-negara yang kurang mendapat vaksinasi berbanding negara yang mempunyai jumlah vaksin tinggi akan memberi pengaruh kepada ketersediaan pekerja dan produktiviti, menjejaskan rantaian bekalan dan melemahkan tenaga pengguna,” menurut laporan edisi ke-17, yang membuat kajian, pakar global, memberi amaran, “Selain risiko lebih rendah pasca pandemik bagi negara-negara yang sudah divaksinasi – terdiri daripada negara-negara ekonomi maju – mampu melemahkan pelaburan mereka dalam ne-gara yang tidak di vaksinasi,” tambahnya.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 98 buah negara masih belum mencapai 40 peratus vaksinasi terhadap penduduknya – perbandingan ketara dengan kebanyakan negara barat, di mana kadar vaksinasi dicatat sekitar 70 hingga 80 peratus.
Negara-negara kaya didakwa menyimpan vaksin, dengan hanya sebahagian kecil daripada berbilion dos yang dihasilkan tahun lalu disampaikan kepada negara paling terdedah sistem kesihatannya.
WEF memberi amaran bahawa jurang yang semakin lebar antara negara kaya dan miskin akan menyebabkan legasi kebencian, menjadikannya sukar untuk mencapai kata sepakat terhadap isu global seperti perubahan iklim, mengatur aliran pendatang dan menyekat serangan siber.
Krisis iklim mengatasi pandemik tahun ini sebagai risiko terbesar dunia, mencatatkan lima daripada 10 risiko teratas dunia dalam masa 10 tahun akan datang. – AFP