Pengajaran Matematik, Sains dalam Bahasa Inggeris 1 Jan

KUCHING, 11 NOV – Sarawak bersedia sepenuhnya untuk memulakan sesi pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kepada semua murid tahun satu di 1,026 sekolah rendah kebangsaan seluruh negeri mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata setakat ini sebanyak RM11 juta telah dibelanjakan kerajaan negeri bagi membuat persiapan berkenaan. “Ini termasuk memberikan latihan kepada seramai 2,853 guru dan mencetak buku serta bahannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Sarawak (SaSTEMS) 2019 di sini, hari ini.

Manyin berkata pihaknya juga menyediakan bahan pengajaran berbentuk video untuk digunakan pada sesi pengajaran dengan kesemuanya akan diedarkan ke setiap sekolah bagi digunakan mulai 1 Januari ini. – Bernama