Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pengakap Belait budayakan nilai murni

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 20 APRIL – Sebagai sebahagian daripada projek yang diadakan bersempena bulan Ramadan, Persatuan Pengakap Daerah Belait telah mengadakan Projek Tauzie’ Al-Arzaq di ibu pejabat persekutuan di Jalan Maulana, kelmarin.

    Hadir menyaksikan projek ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Belait, Awang Mohamad Hatta bin Haji Suhaili selaku tetamu kehormat majlis.

    Antara pengisian majlis tersebut termasuk bacaan tahlil dan Doa Arwah.

    Acara diikuti dengan pengagihan sebanyak 350 kontena bubur kacang kepada wakil dari Masjid Mohammad Jamalul Alam Kuala Belait; Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan; Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lorong 3 Selatan Seria; petugas barisan hadapan dan kakitangan bantuan, pekerja-pekerja di beberapa buah stesen minyak di Kuala Belait, dan ahli-ahli pengakap.

    Selain itu, acara turut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada keluarga bekas ahli pengakap, Awang Abdul Sidik bin Haji Salleh, yang baru-baru ini kembali ke rahmatullah yang diterima oleh wakil keluarga.

    Projek itu diharap dapat membudayakan nilai-nilai murni iaitu tentang kepentingan bantu-membantu sesama umat Islam, sifat tolong-menolong di antara sesama manusia di dalam hal kebaikan, dan seterusnya membina jalinan ukhuwah antara ahli persatuan dan orang awam.

    Majlis turut menyaksikan pengagihan sebanyak 350 kontena bubur kacang.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...