Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pengakap Kelana UNISSA adakan mesyuarat agung ke-5

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Pasukan Pengakap Kelana 1102 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 bagi sesi 2021 – 2022 secara dalam talian melalui platform Zoom, hari ini.

    Hadir merasmikan mesyuarat agung tahunan itu ialah Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA, Dr Mohammad Alif bin Haji Sismat. Turut hadir ialah wakil pesuruhjaya pengakap Daerah Brunei dan Muara, jurulatih Pengakap Kelana UNISSA, Awang Zainudin bin Haji Ishak dan ahli-ahli Pengakap Kelana 1102 UNISSA.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA sesi 2021 – 2022, Awang Mohammad Aminulhakim bin Haji Mohammad Aidil Sufian.

    Mesyuarat dimulakan dengan perbincangan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung ke-4, diikuti pembentangan laporan enam daripada tujuh jawatankuasa dalam Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA.

    Seterusnya mesyuarat menyaksikan pembubaran Majlis Jawatankuasa Tertinggi Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA sesi 2021 – 2022 bagi mengakhiri penggal satu tahunnya dan pemilihan ahli majlis jawatankuasa tertinggi baharu bagi sesi 2022 – 2023.

    Ahli-ahli yang hadir turut bersetuju untuk melantik pengerusi sementara bagi mengendalikan sesi pengundian bagi pemilihan iaitu Sheikh Ahmad Wa’ez bin Haji Sheikh Aubid, mantan pengerusi sesi 2019 – 2021.

    Undian bagi pemilihan dijalankan secara dalam talian daripada ahli-ahli Pengakap Kelana 1102 UNISSA yang terdiri daripada Krew Pengakap Kelana UNISSA 2 (ahli Pengakap Kelana sesi 2020 – 2022) dan Krew Pengakap Kelana UNISSA 3 (ahli Pengakap Kelana sesi 2021 – 2023) yang layak seramai 34 orang bagi memilih Jawatankuasa Tertinggi Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA bagi sesi 2022 – 2023.

    Undian menyaksikan pemilihan Awang Ahmad Amani Rusyaidi bin Ramli selaku pengerusi baharu.

    Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA telah diadakan secara maya, kelmarin. – Gambar serahan Pengakap Kelana UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...