Pengakap Tutong hulur sumbangan

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 22 APRIL – Persatuan Pengakap Daerah Tutong, baru-baru ini, tampil menghulurkan bantuan untuk kakitangan perubatan barisan hadapan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Persatuan Pengakap Daerah Tutong, Skip Haji Musa bin Haji Libut yang di serahkan kepada Pentadbir Hospital PMMPMHAMB Tutong, Haji Mohammad Danil bin Haji Othman. Sumbangan 100 pek makanan dan minuman itu adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat persatuan bagi menyokong dan menghargai petugas barisan hadapan.

Persatuan Pengakap Daerah Tutong ketika menyerahkan sumbangan kepada Haji Mohammad Danil selaku wakil Hospital PMMPMHAMB Tutong. – Gambar serahan Persatuan Pengakap Daerah Tutong