Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Pengalaman menghadiri Pesta Kaul

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Seramai 32 ahli rombongan dari Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Pesta Kaul yang diadakan di Mukah semasa kunjungan mereka ke negeri Sarawak, baru-baru ini.

    Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Haji Ibrahim bin Haji Ratu telah dialu-alukan oleh Pegawai di Jabatan Residen Mukah, Muhd Amirul bin Valentine Liseh yang juga merupakan pegawai pengiring lawatan berkenaan.

    Pesta Kaul yang dianjurkan oleh kaum Melanau itu merupakan perayaan bagi menyambut kejayaan mereka sebagai nelayan dan petani yang lazimnya diadakan pada penghujung April setiap tahun.

    Rombongan turut merasa teruja kerana berpeluang menyaksikan dan merasakan sendiri pengalaman yang istimewa tersebut sambil membuat lawatan ke Pekan Oya di
    Sarawak.

    Sebahagian daripada ahli rombongan yang mengadakan lawatan ke Mukah, Sarawak bersempena Pesta Kaul. – Gambar serahan Haji Ibrahim bin Haji Ratu
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -