Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pengamal media tempatan dirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Jerudong Park Country Club Sdn Bhd (JPCC), baru-baru ini, telah menganjurkan Hari Media bagi meraikan para pengamal media tempatan yang bekerjasama bersama JPCC selama ini.

    Dianjurkan dengan kerjasama Makan Ceria Sdn Bhd, acara tersebut diadakan di kawasan Big Red Warrior, Jerudong Park.

    Hadir semasa acara tersebut ialah Pemangku Pengurus Besar JPCC, Hajah Siti Norzalena binti Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman.

    Dalam ucapannya, Hajah Siti Norzalena mengalu-alukan kehadiran para pengamal media tempatan yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam membuat liputan dan seterusnya memberigakan kepada orang ramai mengenai acara-acara yang dilangsungkan di JPCC.

    Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada para pengamal media tempatan dan berharap dapat meneruskan kerjasama pada masa yang akan datang.

    Acara telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti ria bersama para pengamal media tempatan dan kakitangan JPCC di samping percubaan Big Red Warrior, Jerudong Park Obstacle Course yang baru saja dilancarkan bulan lalu.

    Hajah Siti Norzalena menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh JPCC di Big Red Warrior, Jerudong Park. – Gambar Lyna Mohamad

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...