Pengamal media uji Myvi terbaharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Perwakilan media tempatan diberikan peluang untuk menguji pandu Perodua Myvi 1.3G yang terbaharu semasa acara Uji Pandu Media yang dianjurkan oleh pengedar rasmi tempatan bagi Perodua, GHK Motors Sdn Bhd, hari ini.

Acara yang diadakan di Hotel Mulia, Anggerek Desa itu dimulakan dengan sesi taklimat mengenai aspek teknikal dan ciri-ciri Myvi terbaharu yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Pemasaran GHK Motors, Awang Ahmad Faezul Imtiaz bin Adam.

Turut hadir bagi sama-sama memudahkan acara tersebut ialah Konsultan Jualan, Awang Abdul Rahman bin Haji Zaini.

Media-media tempatan yang dijemput telah memulakan perjalanan dari Hotel Mulia dan berpeluang mendapatkan pengalaman langsung mengenai prestasi Myvi, membuat perhentian di beberapa lokasi bagi penggambaran kereta sebelum memandu kembali ke hotel tersebut.

Perwakilan media tempatan bergambar ramai semasa acara Uji Pandu Media yang dianjurkan oleh GHK Motors Sdn Bhd kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani