Monday, November 4, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengamal perubatan sebar virus HIV mohon ringankan hukuman

    PHNOM PENH, Kemboja, 17 Ogos – Seorang pengamal perubatan Kemboja yang tidak berlesen dijatuhi hukuman 25 tahun penjara kerana menyebarkan virus HIV kepada lebih daripada 100 orang penduduk kampung memberitahu sebuah mahkamah rayuan dia hanya berusaha memberi perhatian dan mengakui kesilapannya dalam menggunakan jarum suntikan.

    Mahkamah di wilayah barat daya Battambang pada Disember 2015 mendapati Yem Chrin bersalah atas tingkah laku kejam yang mengakibatkan kematian, dengan sengaja menjangkiti virus HIV dan mengamalkan perubatan tanpa lesen.

    Dia sedang berusaha untuk meminta pengurangan hukumannya hingga 10 tahun. Keputusan mahkamah itu dijadualkan akan diumumkan pada 8 September.

    Yem Chrin memberitahu mahkamah di Phnom Penh Jumaat bahawa dia menggunakan jarum suntikan sekali pakai kerana sukar untuk mendapatkan yang baru dan dia tidak tahu ianya boleh menjangkiti virus HIV. – AP

    Yem Chrin, seorang pengamal perubatan yang tidak berlesen, dikawal oleh pengawal penjara untuk menunggu pengangkutan di luar mahkamah rayuan di Phnom Penh, Kemboja pada 17 Ogos 2017. – AP
    Yem Chrin, seorang pengamal perubatan yang tidak berlesen, dikawal oleh pengawal penjara untuk menunggu pengangkutan di luar mahkamah rayuan di Phnom Penh, Kemboja pada 17 Ogos 2017. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda