Pengambilan dos kedua vaksin melebihi 3 bulan tidak berkesan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Lazimnya, jarak pengambilan dos kedua vaksin adalah 28 hari atau tiga bulan daripada tempoh pengambilan dos pertama bagi vaksin Sinopharm, AstraZeneca dan Moderna kecuali tempoh untuk Pfizer hanya 21 hari.

Jika pengambilan dos kedua melebihi tiga bulan, ia akan menimbulkan kerisauan di mana dos kedua tidak akan memberi kesan yang sepatutnya dan terpaksa mengambil semula suntikan secara teratur.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara berkenaan pada sidang media yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Yang Berhormat Dato menambah, menurut kajian yang dibuat, dos kedua itu akan meningkatkan imuniti seseorang dan jika suntikan dos kedua dilakukan selepas tiga bulan, berkemungkinan dos kedua itu tidak akan dapat merangsang antibodi untuk lebih tinggi seperti apa yang dijangkakan.