Pengambilan pelajar Tahun 7 ITQSHHB sesi 2022

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Para pemohon pengambilan pelajar-pelajar baharu Tahun 7 (Peringkat Menengah) Sesi Pengajian 2022M di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang akan memohon untuk temu duga hafazan dan belum menerima nombor rujukan mereka selepas mengembalikan borang permohonan pada 7 Ogos lalu, boleh mendapatkannya melalui laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) www.kheu.gov.bn atau Telegram ITQSHHB RASMI pada 18 September.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ITQSHHB, di sini, hari ini, para pemohon boleh mengetahui nombor rujukan temu duga berkenaan mengikut nombor kad pengenalan pintar atau no surat beranak.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat atau pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pihak ITQSHHB secara dalam talian iaitu melalui e-mel [email protected] dan melalui WhatsApp di talian 8165297.