Pengambilan PKBN ke-11 ditangguh

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan bahawa latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bagi pengambilan ke-11 kini ditangguhkan.

Latihan yang telah dirancang dijalankan bermula 28 November 2021 hingga 10 Mac 2022 itu ditangguhkan kepada 27 November 2022 hingga 9 Mac 2023. Dalam pada itu, KKBS dalam kenyataan yang dikeluarkan juga memaklumkan bahawa sesi pendaftaran PKBN Pengambilan ke-11 akan dibukakan semula pada 1 Jun 2022.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi terus Bahagian Khidmat Bakti Negara di talian 5222017 (waktu pejabat) atau e-mel pkbn.info@gmail.com dan melayari laman sesawang PKBN di www.pkbn.gov.bn.